Wednesday, July 1, 2009

Pusat PDK Samarahan


Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Samarahan

Saturday, July 19, 2008

Lagu Ku Buat INSAN ISTIMEWA



persembahan nyayian dari OKU, sukarelawan dan guru-guru


Friday, July 18, 2008

Kenapa mereka dilahirkan kurang upaya???

......Setiap kejadian didunia adalah anugerah Allah dan kita sebagai manusia seharusnya rheda dengan setiap perkara yang berlaku...Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk membantu mereka yang kurang upaya (OKU) bagi menjalani kehidupan seharian kerana kita sebagai insan biasa diamanahkan oleh Allah membantu golongan tersebut. Jika kita dapat memahami serta menyelami jiwa mereka anda akan mendapat jawapan tersendiri..kenapa mereka mempunyai kekurangan pada diri masing-masing. Namun begitu mereka juga insan biasa mempunyai hati dan perasaan, keinginan serta kebebasan kerana OKU juga mempunyai tugas sendiri di dalam hidup bermasyarakat.




Kesedaran dan Peranan IBUBAPA...& KELUARGA...

Peranan Ibubapa dan keluarga amatlah penting dalam memeritahu masyarakat tentang masalah yang anak anda hadapi, walaupun segelintir masyarakat tidak memahami mereka sekurang-kurangnya anda telah melakukan yang terbaik untuk anak anda, bagaimanapun tidak dinafikan ada OKU yang mengalami masalah tertentu yang menyebabkan mereka bersikap degil dan sebaginya berkemungkinan mereka seharusnya diberikan perhatian.

Adakah anak anda mengalami perkara berikut...

1. ATTENTION DEFICIT HYPERACTIVE DISORDER (ADHD) - merupakan masalah perkembangan yang melibatkan 'hyperaktiviti' dan 'masalah tumpuan' . mereka yang menhidap ADHD biasanya hiperaktif, sentiasa bergerak dan tidak dapat memberi tumpuan , tiadak dapat menyiapkan kerja dan sebagainya yang akan menjejaskan proses pembelajaran.

2. LEARNING DISABILITY (kerencatan akal) - merupakan masalah dimana tahap kecerdasan akal kanak-kanak tersebut berada dibawah tahap normaldan menyebabkan mereka susah menerima pembelajaran.

3. SPECIFIC LEARNING DISORDER (masalah pembelajaran spesifik) - merupakan masalah pembelajaran spesifik di mana kanak-kanak ini biasanya mempunyai tahap kecergasan akal yang normal tetapi menghadapi masalah pembelajaran seperti menulis, mengeja membaca dan mengira.

4. Autisme (Autistik) - Masalah perkembangan otak dan saraf yang melibatkan masalah perkembangan dari 3 aspek utama iaitu ; perkembangan bahasa, pertuturan dan komunikasi interaksi sosial dan kurang daya imaginasi, serta suka pada objek, aktiviti atau topik yang sama yang menyumbangkan kepada kesukaran untuk belajar.

5. Cerebral Palsy - “CEREBRAL” ialah OTAK“PALSY” bermaksud “KURANG ATAU TIDAK UPAYA MENGAWAL PERGERAKAN OTOT”Kanak-kanak cerebal palsy mengalami (sebahagian besarnya) kerosakkan pada kawasan motor dalam otak yang mengakibatkan kekurangupayaan untuk melakukan pergerakan otot-otot dan tegak badan. Kecacatan otak dan saraf otot ini lazimnya berlaku sebelum, semasa dan di peringkat awal bayi dilahirkan – ketika bahagian otak berkembang dengan pesat.

a) Hemiplegia - Cerebral Palsy yang melibatkan sebelah bahagian badan

b) Diplegia - Cerebral Palsy yang melibatkan kedua-dua belah kaki

c) Quadriplegia - Cerebral Palsy yang melibatkan kedua-dua belah tangan dan kaki

6 kategori kecacatan

* MASALAH PEMBELAJARAN

* KURANG UPAYA PENGLIHATAN

* KURANG UPAYA PENDENGARAN

* KURANG UPAYA FIZIKAL

* CEREBRAL PALSY

* LAIN-LAIN (Diagnosa perubahan dibawah kategori ini merangkumi semua masalah kurang upaya yang tidak dinyatakan dalam format)